November 03 2010
Kursus Homeopathy
Hari ini kita sambung lagi tentang sistem Homeopati. Kali ini saya akan cakap khusus tentang apa yang akan saya ajar dalam kursus asas Homeopati.
1. Pertama saya akan ajar tentang konsep atau falsafah perobatan ini
2. Kedua siapa pengasasnya, bangsanya dan bagaimana dia menemukan system Homeopati ini
3. Selain itu saya akan ajar sekurang-kurangnya 30 jenis penawar serba guna atau polycrest. Dengan mengetahui 30 jenis penawar ini sahaja sudah lebih cukup untuk menangani berbagai masalah kesihatan anda sehari-hari.
4. Saya juga akan ajar penawar-penawar yang biasanya digunakan untuk menangani dan merawati berbagai masalah emosi atau mental.
5. Saya juga akan sentuh penawar-penawar yang khusus untuk menangani berbagai penyakit yang biasanya
di alami oleh kaum bapa, misalnya sakit gout, lemah syahwat dan sebagainya.
6. Saya akan ajar tentang penawar-penawar yang khusus untuk merawati berbagai penyakit kaum wanita seperti
masalah kulit, berlebihan berat badan, haid yang tak betul, kurang darah serta bagaimana mencegah diri dari
terkena berbagai penyakit kanser, khususnya kanser buah dada atau breast kanser.
7. Akhir sekali saya juga akan sentuh tentang penawar-penawar yang harus disimpan di rumah bagi kegunaan
semasa kecemasan seperti tercelur kerana terkena air panas, api , terjatuh di dapur yang licin, berak-berak secara tiba-tiba, dan sebagainya lagi. Jika kita ada simpan obat-obat seperti itu tentu kita Tidak akan panik atau kelamkabut ketika berlakuya kejadian yang tidak diingini itu yang mungkin menimpa anak atau orang tua kita. Kes-kes seperti ini jika tidak ditangani dengan segera boleh membawa akibat yang parah. Jadi inilah gunanya kita belajar rawatan homeopati..
8. Selain itu saya juga akan ajar penawar-penawar bagi merawati atau menangani berbagai masalah kanak-kanak, para pelajar atau orang tua-tua seperti lemah daya ingtan, lembab kuasa otak, pelupa, dan sebagainya





